Wednesday, February 19, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Balloon Buzz Ria anjur Ekspo Belon

    Oleh Syahmi Hassan

    Gambar oleh Dean Kassim

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 April – Balloon Buzz Ria mengadakan Ekspo Belon bertemakan Wonderland bermula hari ini sehingga 21 April di Kompleks Membeli-belah Freshco, Batu Satu.

    Ekspo yang menampilkan hiasan belon berbentuk air pancut, ayunan dan juga bunga matahari bertujuan memberi peluang kepada orang ramai merakamkan gambar paling menarik mereka dan menyertai Pertandingan ‘Snap & Win.’

    Gambar-gambar paling cantik dirakamkan di sekitar perhiasan itu berpeluang memenangi hadiah baucar makanan bernilai $50, $30 dan $10. Selain pertandingan, ekspo juga dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti lain seperti melukis wajah percuma, ‘balloon twisting’ dan penampilan maskot pada Jumaat, Sabtu dan Ahad sepanjang ekspo berlangsung.

    Ekspo belon yang pertama kali diadakan di Negara Brunei Darussalam itu dibukakan kepada orang ramai dan kemasukan adalah percuma.

    Ekspo Belon yang buat julung kalinya diadakan di Brunei di Kompleks Membeli-belah Freshco.
    Ekspo Belon yang buat julung kalinya diadakan di Brunei di Kompleks Membeli-belah Freshco.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda