Thursday, July 17, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Baltimore harapkan keamanan dan kegemilangan

    BALTIMORE – Erricka Bridgeford sedang menunjukkan satu kawasan persimpangan di mana sepupunya telah ditembak mati pada tahun 2015 malah tragedi itu sering berlaku di bandar itu dan sudah dianggap satu perkara yang biasa.

    Sejak perkara itu berlaku, Baltimore kini dikenali sebagai salah sebuah bandar yang paling menakutkan di Amerika Syarikat. Baru-baru ini, Erricka, secara sukarela menganjurkan satu kempen bebas senjata dan berlangsung selama tiga hari untuk membawa bandar itu kepada satu bandar yang aman dan damai. Kempen itu membawa satu slogan yang mendalam khususnya untuk penduduk setempat yang tinggal di kawasan berkenaan, dengan tema “Nobody kill anybody for 72 hours” (Tiada pembunuhan dalam masa 72 jam).

    Tempoh kempen yang dijalankan itu bermula setelah sebahagian penduduk sudah tidak merasa tenang dan tidak selesa disebabkan banyak kejadian tembak menembak di kawasan itu dan baru-baru ini, seorang lelaki yang berusia 24 tahun telah ditembak dan seterusnya beberapa pembunuhan juga berlaku beberapa jam kemudian. “Kempen ini kami namakan sebagai kempen 41 jam dan ia merupakan satu perjanjian yang besar di bandar itu di mana bandar raya itu sering kehilangan nyawa setiap 19 jam,” kata Erricka yang berusia 44 tahun dan telah membesar di kawasan itu kepada wartawan AFP.

    Beberapa bulan kemudian, bilangan jenayah di bandar ini semakin bertambah dan kebanyakan mangsa adalah dalam kalangan penduduk berkulit hitam malah akibat situasi jenayah ini, kanak-kanak muda berkulit hitam berpotensi untuk dihantar dalam institusi ketenteraan dan berperang di Iraq. Situasi ini semakin meresahkan sesetengah penduduk termasuk Erricka. Bandar ini telah menyaksikan sekitar 400 kes pembunuhan dan jenayah pada tahun 2017, dan bilangan itu dilaporkan tertinggi bagi keseluruhan bandar-bandar di Amerika Syarikat diikuti bandar Chicago.

    Pada usia 12 tahun, Erricka telah menyaksikan seorang anak muda dari kawasan kejiranannya berlumuran dengan darah dan mati selepas itu manakala di sekolah tinggi, dia kehilangan sekurang-kurangnya dua atau tiga rakan-rakan. “Apa yang menyedihkan, saya juga turut kehilangan seorang abang saya akibat jenayah pada tahun 2001 manakala yang lain terselamat,” tambah Erricka lagi kepada wartawan AFP.

    Sejak perkara itu berlaku, Baltimore kini dikenali sebagai salah sebuah bandar yang paling menakutkan di Amerika Syarikat. – AFP
    Sejak perkara itu berlaku, Baltimore kini dikenali sebagai salah sebuah bandar yang paling menakutkan di Amerika Syarikat. – AFP
    Baru-baru ini, Erricka secara sukarela menganjurkan satu kempen bebas senjata dan berlangsung selama tiga hari untuk membawa bandar itu kepada satu bandar yang aman dan damai. – AFP
    Baru-baru ini, Erricka secara sukarela menganjurkan satu kempen bebas senjata dan berlangsung selama tiga hari untuk membawa bandar itu kepada satu bandar yang aman dan damai. – AFP

    Pengebumian yang tidak henti

    “Saya sering menghadiri majlis pengebumian sebanyak tiga hingga empat kali dalam setahun dan kami cuba memberikan tenaga yang baik untuk sama-sama membersihkan bandar ini daripada gejala jenayah yang berleluasa,” kata Erricka lagi kepada media. Erricka merasa yakin, kempen yang dijalankan baru-baru itu akan bersedia lagi dijalankan dan kali ini, ia akan dirancang dijalankan selama dua bulan. Kempen ini akan memberikan satu kehidupan yang selesa untuk jangka waktu yang tertentu di bandar ini.

    Namun usaha kempen itu sebenarnya masih kekurangan tenaga dan banyak tenaga untuk diperlukan bagi membasmi akar keganasan di bandar itu. Erricka merasakan antara punca jenayah tinggi di kawasan itu adalah kemiskinan yang melampau, wabak opioid, penggunaan senjata api yang berleluasa, keganasan geng dan balas dendam. “Di beberapa kawasan timur Baltimore, sebuah rumah dianggarkan bernilai AS$7,000 dan boleh dibeli oleh penduduk di situ dengan hanya mendapat gaji sekitar AS$15,000 setahun,” kata Gardnel Carter, pengarah tempatan kempen ‘Safe Streets’, sebuah organisasi antikeganasan kepada wartawan AFP.

    Kebanyakan anak-anak muda berjalan keluar dan melihat kedai-kedai untuk permainan video dan ubat-ubatan namun ada sesetengah anak-anak muda menyalahgunakan ubat-ubatan tersebut dan ketagihan dengan gelaja sosial yang menyakitkan.

    “Anda mempunyai anak-anak muda namun mereka kelihatan berjalan seperti zombie, disebabkan oleh mental mereka yang tidak sihat dan berbuat sesuatu yang salah,” tambah Carter lagi kepada wartawan AFP.

    Kepercayaan pada polis?

    Jamal yang berusia 28 tahun dan kelihatan sedang duduk leka di jalan di mana kebanyakan kedai-kedai dijalankan oleh pelbagai bangsa seperti Asia dan Hispanik namun kini semakin sunyi dan kosong. Bangunan-bangunan kosong ini dijadikan oleh sebilangan penjenayah lokasi penyimpanan senjata mereka. “Saya tidak akan menelefon polis kerana dengan berbuat demikian, saya akan meletakkan nyawa saya di dalam bahaya,” kata Jamal kepada wartawan AFP.

    US-POLICE-DRUGS-CRIME-RACISM

    3_160817

    Keyakinan terhadap pihak polis sebenarnya semakin berkurangan dan terjejas disebabkan oleh kes Freddie Gray, seorang lelaki berkulit hitam berusia 25 tahun yang mana telah ditahan oleh pihak polis namun telah mati disebabkan oleh kecederaan di leher ketika diheret oleh pihak polis ke dalam van polis. Situasi itu berlaku semasa rusuhan yang berlaku di bandar itu pada tahun 2015.

    Namun baru-baru ini, beberapa anggota polis di bandar itu telah didapati melakukan kesalahan dengan meletakkan bahan dadah ke dalam badan suspek.

    Pihak berkuasa sementara itu telah berusaha untuk melaksanakan satu strategi baru untuk menangani masalah itu yang mana jenayah itu semakin berleluasa di bandar berkenaan. Undang-undang telah diperketatkan dan hukuman satu tahun penjara bagi memiliki senjata api tanpa ada keizinan dan banyak lagi.

    Adakah lebih baik berada di penjara?

    “Kadangkala situasi bertambah teruk, di mana pihak berkuasa sendiri sedikit sebanyak melakukan kesalahan dan tidak adil dengan meletakkan mereka yang mempunyai kesalahan yang kecil lebih lama di dalam penjara dengan alasan untuk menyelamatkan diri mereka sendiri,” kata jurucakap Polis Baltimore, TJ Smith kepada wartawan AFP. “Apa yang kami lihat, lebih ramai yang ingin tinggal di dalam penjara dan menjalani hukuman di atas kesalahan mereka,” tambah TJ lagi kepada media. Lebih daripada 85 peratus daripada mangsa mempunyai rekod jenayah yang besar.

    Bagi Smith, usaha kempen itu adalah satu permulaan yang baik dan bukan ke arah kegagalan. “Saya masih tidak dapat melupakan tahun ini, di mana saudara saya telah mati ditembak dan bagi saya, pengalaman ini membawa saya kepada perspektif yang berbeza, ia sudah tentu menyakitkan dan meresahkan,” tambah TJ mengakhiri temu ramah bersama media. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda