Balu bangkit jadi pengusahan berjaya

KIGALI – Daerah Nyanza yang diselubungi hujan, kira-kira dua jam perjalanan dari bandar Rwanda Kigali, Immaculee Kayitesi duduk di kaunter perniagaan tenusunya, mendengar radio, ketika sibuk memberikan sebotol pensanitasian tangan kepada salah seorang pelanggannya untuk membersihkan tangan sebelum membeli produk tenusu dari syarikatnya.

Puluhan pelanggan berbaris menunggu untuk dihidangkan dengan produk tenusu yang berbeza seperti yogurt, susu pasteur, dan susu fermentasi di kedai, sementara itu sejumlah pekerja mengusahakan mesin pemprosesan susu untuk menukar susu menjadi produk akhir yang berbeza di bahagian lain syarikat, yang diberi nama Zirakamwa Meza Dairy.

“Hujan di bulan April mengingatkan pada zaman gelap dan dahsyat yang kami lalui pada April 1994 ketika militan Interahamwe menyerang kampung kami dan membunuh suami, ahli keluarga, rakan dan jiran saya. Bulan April adalah tempoh gelap dalam hidup saya yang tidak akan dilupakan,” kata wanita, 58,, yang menjadi balu semasa pembunuhan beramai-ramai Rwanda 1994 terhadap Tutsi yang meragut lebih 1 juta nyawa, terutama etnik Tutsis selama kira-kira 100 hari bermula 7 April.

Walaupun hampir semua ahli keluarga terdekatnya termasuk suami, ibu bapa, adik-beradik, sepupu dan mertuanya terbunuh semasa pembunuhan itu, guru sekolah menengah itu berjaya melarikan diri daripada pembunuh dengan bersembunyi di kawasan paya dan tumbuh-tumbuhan lebat selama satu bulan hingga dia menemui Tentera Patriotik Rwanda, yang kemudian mengakhiri pembunuhan beramai-ramai dan bertukar menjadi tentera negara.

Dia bahkan menyangka dia mungkin wanita terakhir yang tinggal di seluruh wilayah Nyanza kerana ‘hampir mustahil’ untuk bertahan hidup.

Kelihatan beberapa pekerja membungkus yogurt di Zirakamwa Meza Dairy di Nyanza. – Xinhua
Immaculee Kayitesi, pemilik Zirakamwa Meza Dairy. – Xinhua

“Saya tertekan setelah kehilangan suami sebelum kami dapat mempunyai anak kerana pembunuhan beramai-ramai itu berlaku ketika kami hanya menghabiskan enam bulan bersama setelah berkahwin,” kata Kayitesi sambil mengesat air matanya.

Hidup ketika waktu itu bagaikan ‘neraka dunia’, katanya, sambil menambah parut luka masih ada. Walaupun tiga tahun selepas kejadian itu berakhir, Kayitesi masih menghadapi pelbagai jenis emosi yang sukar dari trauma, keputusasaan dan kehibaan yang mendalam tetapi kerana kata-kata keselesaan dari kerajaan sekarang, ajaran agama, kata-kata keberanian persatuan balu pembunuhan beramai-ramai Avega Agahozo, yang bermaksud Persatuan Balu pembuhan beramai-ramai, dia berjaya mengatasinya dan fokus untuk membina semula hidupnya daripada tenggelam dalam kesedihan.

Pada 1997, dia mendapat pekerjaan di Electrogaz, pendahulu Rwanda Energy Group dan Water Sanitation Corporation ketika ini, dan dibayar gaji bulanan, yang memungkinkannya untuk memulakan sebuah kedai susu kecil, yang kini dianggarkan bernilai lebih 300 juta Rwanda franc (kira-kira AS$305,000).

Pada awalnya, dia menjual susu kepada jiran dan orang lalu lalang, tetapi kerana permintaan susu yang tinggi, dia muncul dengan idea untuk melancarkan syarikat susu.

Sekitar tahun 1998, wanita pemberani itu berhenti dari pekerjaannya dan memohon pinjaman 400,000 franc Rwanda dari sebuah bank komersial tempatan untuk mengembangkan perniagaannya.

Pada tahun 2002 dan 2013, dia memohon lebih banyak pinjaman dan akhirnya mengembangkan kedai tenusu menjadi syarikat pemprosesan susu dengan kapasiti pengeluaran sekitar 3,000 liter susu setiap hari.

Rata-rata setipa hari, syarikatnya, yang mengupah lebih daripada 20 orang pekerja, menjual sekitar 500 bekas yogurt 150 mililiter, 1,000 liter susu pasteur dan 300 liter susu fermentasi. Majoriti pelanggan berasal dari Kigali dan selebihnya adalah dari Nyanza dan daerah jiran lain seperti Ruhango, Huye dan Muhanga.

Syarikat itu terletak satu kilometer dari ahli keluarganya. Pada 22 April, dia melawat mereka di memorial pembunuhan beramai-ramai Nyanza, tempat peristirahatan terakhir lebih 24,000 mangsa pembunuhan beramai-ramai. – Xinhua