Saturday, March 25, 2023
22.9 C
Brunei

-

Balu, ibu tunggal terima sumbangan

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 APRIL – Seramai 70 orang balu dan ibu tunggal di Rancangan Perumahan Negara (RPN) Panchor Mengkubau telah menerima sumbangan dalam Majlis Sumbangan Bakul Ramadan, hari ini.

Majlis anjuran Kumpulan Ikhwanul Mahabbah buat julung kalinya itu diadakan di kediaman salah seorang ahli di Jalan Bukit Sinadur di mana sumbangan disampaikan oleh Pemangku Penghulu Mukim Mentiri, Pengiran Haji Ismail bin Pengiran Haji Ibrahim yang juga ketua Kampung Sungai Buloh.

Ketua Kumpulan Ikhwanul Mahabbah, Pengiran Hazlyn bin Pengiran Hashim menjelaskan, sumbangan untuk projek berkenaan telah mendapat sambutan yang menggalakkan dan bukan saja diterima daripada penduduk kampung berkenaan malah orang persendirian dan syarikat-syarikat swasta.

Majlis berkenaan diharap dapat sedikit sebanyak membantu meringankan beban penerima untuk sama-sama membuat persiapan Hari Raya nanti. Terdahulu, majlis dimulakan dengan bacaan tahlil dan Doa Arwah yang dipimpin oleh Pengiran Hazlyn.

Pengiran Haji Ismail menyampaikan sumbangan Bakul Ramadan kepada salah seorang penerima pada majlis yang diadakan kelmarin.

 

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S, Jepun tingkat kerjasama

TOKYO, 23 MAC - Jepun dan Korea Selatan hampir serentak menarik tuntutan eksport mereka terhadap satu sama lain sebagai tanda terbaharu hubungan yang bertambah...
- Advertisment -