Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    BAM diberi penarafan lima bintang

    KUALA LUMPUR, 3 MAC – Persatuan Badminton Malaysia (BAM) diberi penarafan lima bintang bagi tahun 2021 oleh Pesuruhjaya Sukan (PJS).

    Penarafan itu diberikan dalam satu surat ditandatangani Pesuruhjaya Sukan, Ibrahim Mohd Yusof  bertarikh 22 Feb ruari lepas yang diutuskan kepada BAM.

    “Syabas serta tahniah atas pencapaian tersebut dan diharapkan Persatuan Badminton Malaysia terus mengekalkan kecemerlangan tadbir urus pada masa akan datang selaras dengan Akta 576,” kata Ibrahim.

    Dalam pada itu, Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria ketika dihubungi Bernama memaklumkan penilaian diberikan kepada BAM membuktikan PJS mengiktiraf pendekatan persatuan itu dalam isu urus tadbir serta pembangunan sukan daripada peringkat remaja hingga ke peringkat tertinggi. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...