Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    BAM lanjut kerjasama dengan wilayah Ehime

    KUALA LUMPUR, 14 JAN – Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini melanjutkan kerjasamanya dengan wilayah Ehime yang terletak di selatan Jepun, dalam memantapkan latihan bagi pemain badminton Malaysia.

    Presidennya Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata kerjasama yang bermula pada Julai 2018 itu memberi impak positif dan akan memberi manfaat kepada pemain senior dan remaja negara apabila mereka menjalani latihan di wilayah itu.

    “Hari ini adalah hari bersejarah kerana kita meneruskan kerjasama BAM dan Ehime untuk memajukan lagi sukan badminton di kedua-dua negara. Ia adalah hubungan menang-menang bagi kita. Selain menjadi destinasi pelancongan yang menakjubkan, Ehime adalah lokasi yang kondusif sebagai bandar sukan yang sedang membangun,” katanya dalam satu kenyataan.

    Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Gabenor Ehime, Tokohiro Nakamura dan Duta Besar Jepun ke Malaysia, Katsuhiko Takahashi serta seluruh penduduk Ehime atas sokongan padu ketika pemain negara berada di bumi matahari terbit itu untuk menyertai Sukan Olimpik Tokyo.

    Dalam saingan Olimpik Tokyo tahun lepas, pasukan badminton negara berjaya meraih pingat gangsa menerusi gandingan Aaron Chia-Soh Wooi Yik dalam acara beregu lelaki.

    Menurut BAM kerjasama itu diperakui meluas, dengan badan induk badminton negara dianugerahkan Penghargaan Menteri Luar Jepun bagi tahun 2020, bagi mengukuhkan hubungan antara kedua-dua negara melalui badminton. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...