BAM perlu pascanilai kejohanan berturut-turut

JOHOR BAHRU, 28 DIS – Penyertaan skuad badminton kebangsaan dalam kejohanan yang berturut-turut wajar dinilai semula oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) kerana dilihat boleh menjejaskan prestasi sebenar pemain malah lebih teruk lagi, daya ketahanan pemain itu sendiri.

Bekas pemain nombor satu dunia Roslin Hashim sehubungan itu mencadangkan badan induk sukan itu melakukan pascanilai supaya dapat merangka strategi lebih berkesan dalam memastikan prestasi skuad kebangsaan masa kini termasuk pemain nombor satu negara, Lee Zii Jia tidak terjejas teruk.

Beliau berkata secara keseluruhan, prestasi skuad badminton negara tidak menentu sepanjang kira-kira sembilan kejohanan disertai mereka, daripada Piala Sudirman hingga ke Kejohanan Badminton Dunia 2021 yang berakhir minggu lepas.

“Ada yang tidak berapa menunjukkan prestasi baik (pemain) dan ada yang okey, walaupun menang pingat gangsa pada Kejohanan Dunia tetapi secara keseluruhannya, kita nampak prestasi tidak berapa baik.

“Bagi saya, itu kerana pelbagai faktor dialami pemain kerana menyertai kejohanan berturut-turut yang begitu banyak. – Bernama

Roslin Hashim mencadangkan BAM melakukan pascanilai supaya dapat merangka strategi lebih berkesan dalam memastikan prestasi skuad kebangsaan masa kini tidak terjejas teruk. – Agensi