Friday, April 19, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    BAM yakin kemampuan Misbun

    KUALA LUMPUR, 8 NOV – Persatuan Badminton Malaysia (BAM), yakin dengan kemampuan Pengarah Pembangunan Remaja, Datuk Misbun Sidek untuk memperbaiki prestasi skuad remaja, selepas prestasi kurang memberangsangkan pada Kejohanan Remaja Dunia BWF 2022 di Santander, Sepanyol baru-baru ini.

    Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh, bagaimanapun berkata Misbun perlu membentangkan rancangan terperinci secepat mungkin bagi mengukuhkan bahagian kejurulatihan dan program latihan untuk pemain remaja.

    “Pastinya beliau sendiri akan melakukan pasca-nilai yang menyeluruh dan melihat aspek yang perlu beliau perbaiki.

    “Kami akan memberi beliau peluang untuk melakukan apa yang perlu. Beliau perlu berbincang dengan semua badan berkaitan termasuk pihak sains sukan dan pentadbir dan hasilkan rancangan,” katanya kepada pemberita pada sesi latihan di sini hari ini.

    Buat pertama kali, tiada pemain kebangsaan yang layak ke suku akhir bagi acara perseorangan di kejohanan remaja dunia dan pasukan negara hanya menduduki tempat kesembilan bagi acara berpasukan campuran. – Bernama

    BAM yakin Datuk Misbun Sidek mampu memperbaiki prestasi skuad remaja. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...