Ban balik ke Korea S

SEOUL, 12 Jan – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang bersara, Ban Ki-Moon, telah kembali ke Korea Selatan hari ini ketika momentum wujud di sekitarnya yang kemungkinan beliau akan bertanding bagi pilihan raya untuk menggantikan Presiden Park Geun-Hye.

“Saya telah mempertimbangkannya dengan serius dan memikirkan bagaimana saya boleh menerapkan pengalaman dan pengetahuan saya sebagai Setiausaha Agung PBB sebaik yang mungkin,” kata Ban dalam ucapannya di televisyen selepas ketibaannya.

Bercakap di hadapan khalayak ramai sekitar ratusan orang di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Ban berkata dia bersedia untuk bertemu dengan orang awam minggu ini sebelum membuat ‘keputusan yang tidak mementingkan diri sendiri’.

Kepulangan Ban muncul ketika puluhan ribu orang berarak dalam bantahan mingguan yang menuntut penyingkiran tetap Park yang dilanda skandal, yang didakwa oleh parlimen bulan lalu berhubung skandal rasuah. Jika Mahkamah Perlembagaan mendukung undian parlimen, Park akan disingkirkan dan pilihan raya akan diadakan dalam masa 60 hari.

“Ia telah mengecewakan saya,” kata Ban, merujuk pada pergolakan politik yang berterusan.

Ban Ki-moon (kiri) bersama isterinya Yoo Soon-taek (kanan) tiba di Lapangan Terbang Incheon, barat Seoul pada 12 Januari. – AFP
Ban Ki-moon (kiri) bersama isterinya Yoo Soon-taek (kanan) tiba di Lapangan Terbang Incheon, barat Seoul pada 12 Januari. – AFP

“Kita tidak seharusnya lupa dengan kehendak orang ramai yang dinyatakan dalam bantahan jalanan.”

Seorang diplomat berkarier, Ban tidak pernah menyertai mana-mana parti politik Korea Selatan, walaupun beliau berkhidmat sebagai menteri luar negeri di bawah mendiang presiden liberal, Roh Moo-Hyun dari 2004 hingga 2006.

Ia masih tidak jelas sama ada Ban akan menyertai Parti Saenuri pemerintahan Park atau parti konservatif yang baru.

Bekas setiausaha PBB itu mempunyai 20.3 peratus rating persetujuan menurut undian yang disiarkan hari ini. – AFP