Thursday, November 7, 2024
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bancian secara menyeluruh di Myanmar bulan depan

    YANGON, 1 SEPT – Myanmar akan menjalankan bancian penduduk dan perumahan yang komprehensif bagi mendapatkan statistik penduduk tepat yang akan menyumbang kepada pembangunan semasa dan masa depan negara itu, kata Pengerusi Majlis Pentadbiran Negara (SAC) Myanmar, Jeneral Kanan Min Aung Hlaing hari ini.

    Dalam ucapan memperingati bancian penduduk dan isi rumah 2024, Min Aung Hlaing menggesa orang ramai untuk memberikan jawapan yang tepat kepada semua soalan bancian.

    Data yang diperoleh daripada pengumpulan bancian penduduk dan perumahan adalah penting untuk pengurusan dan pentadbiran, katanya.

    Dijalankan setiap 10 tahun sekali, bancian penduduk dan perumahan di seluruh negara itu dijadualkan untuk diadakan dari 1 hingga 15 Oktober. Menurut kemas kini terkini daripada Jabatan Penduduk negara itu hari ini, populasi Myanmar kini dianggarkan melebihi 56.68 juta orang. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda