Bandar Australia mula laksana perintah berkurung

MELBOURNE, 3 OGOS – Bandar kedua terbesar di Australia memulakan perintah berkurung enam minggu ketika jumlah kes koronavirus global meningkat 18 juta hari ini.

Berlakunya kemunculan semula di negara-negara yang sebelumnya mengatakan telah berjaya mengawal wabak itu, termasuk Australia, di mana sekatan baharu kilat bermula di negeri Victoria meskipun ia akan menjejaskan ekonomi.

Larangan itu termasuk perintah berkurung waktu malam di Melbourne selama enam minggu, dengan perniagaan tidak penting diarah tutup dan tegahan ke atas majlis perkahwinan.

“Ia sukar terutamanya apabila mengetahui beberapa bahagian lain di negara itu masih bebas keluar dan menjalani kehidupan hampir normal,” kata Tracy Skilling, 42, yang menguruskan kafe di Melbourne.

“Orang ramai kelihatan putus harapan dan murung…dan hanya mahu ia berakhir.”

Melbourne terus melaporkan ratusan kes baharu harian walaupun negeri lain di Australia melaporkan jumlah sedikit atau sifar. – AFP

Pokok yang dikenakan penutup mulut dan hidung besar di Melbourne pada 3 Ogos, selepas pengumuman sekatan baharu di bandar itu. – AFP