Bandar berwarna-warni El Alto

GANDINGAN interpretasi elemen kuno bersama suntikan warna melambangkan budaya Bolivia menjadi idea utama buat arkitek tempatan, Freddy Mamani membangkitkan kemeriahan kota ‘hitam putih’ El Alto.

Menerusi perkongsiannya dalam simposium, The Architect’s A Year of Architecture, beliau mengambil masa kira-kira 18 tahun untuk tampil dengan amalan memperkenalkan warna ke El Alto yang dipanggil Seni Bina Andean Baru di El Alto.

Dikategorikan sebagai bandar termuda di Bolivia, kedudukan El Alto di luar ibu kota La Paz dan berada kira-kira 4,000 meter di atas paras laut ini memiliki kepadatan penduduk yang kedua tertinggi di negara berkenaan.

Meskipun terdapat perbezaan latar belakang dan budaya Bolivia yang berbeza dalam kelompok penduduknya, hampir 75 peratus adalah masyarakat Aymara. Pembangunan bandar ini dilakukan secara besar-besaran menggunakan material batu bata lumpur tradisional yang mempunyai ciri persamaan dengan versi moden.

Menurut Freddy, identiti El Alto adalah bandar monokromatik kerana ketinggian dan iklim yang sejuk. Oleh itu, beliau tampil dengan idea warna-warni, garisan dan motif budaya bagi menyerlahkan lagi aspek kemodenan bangunan di bandar berkenaan.

Seni bina ini mempunyai bahasa, budaya, identiti dan idea tersendiri untuk diterjemahkan ke dalam bandar kontemporari. – Agensi

Bandar ini hampir dihuni oleh 75 peratus masyarakat Aymara. – Agensi

Dikategorikan sebagai bandar termuda di Bolivia, kedudukan El Alto di luar ibu kota La Paz dan berada kira-kira 4,000 meter di atas paras laut ini memiliki kepadatan penduduk yang kedua tertinggi di negara berkenaan. – Agensi

Keunikan infrastruktur

“Idea gaya ini tercetus daripada seni bina kota kuno Tiwanaku yang juga tapak warisan dunia Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) terletak kira-kira 60 kilometer dari El Alto.”

“Istana kuno Tiwanaku yang berkembang pesat sejak 500 hingga 1,000 Masihi ini sememangnya terkenal dengan keunikan garis, geometri dan motif seni bina seperti figura organik semula jadi seperti gambaran helang serta harimau bintang. Selain itu, ia turut menggabungkan unsur lain termasuk gunung, kilat dan bunga.”

“Saya ingin menyelamatkan garisan geometri dan motif purba Tiwanaku dengan menggabungkan seni bina kontemporari. Semua elemen kuno ini boleh diterjemahkan ke dalam bentuk simetri bagi seni bina kontemporari. Seni bina ini mempunyai bahasa, budaya, identiti dan idea tersendiri untuk diterjemahkan ke dalam bandar kontemporari,” katanya.

Kombinasi warna-warni yang menarik

Kombinasi warna-warni yang menarik, Freddy melihat ia mewakili tradisi tempatan lain yang merujuk kepada tekstil tenunan dicipta dan dipakai wanita Aymara. Antara penggunaan rona yang dihidupkan bagi fasad bangunan Freddy adalah biru, hijau, merah dan merah jambu.

Malah arkitek itu berjaya menyempurnakan 70 bangunan di El Alto dan lebih daripada 100 di seluruh negara berkenaan. Ramai penduduk tempatan menganggap struktur itu sebagai simbol status.

Berjaya mencetuskan revolusi bangunan di El Alto hingga menjadi ikutan pemaju lain, Freddy menyifatkan ideanya bukan saja memperkasakan budaya negara, bahkan mempertingkatkan industri pelancongan tempatan. – Agensi