Bandar hantu jejas kestabilan barat jauh China

MASA depan pembangunan ekonomi di rantau barat jauh China, Xinjiang terletak di sebalik pintu kaca pusat perkhidmatan di pinggir jalan perdagangan lama (Silk Road) Kashgar.

Di dalamnya model berhabuk yang memaparkan pembangunan bandar moden dengan jalan raya besar dibarisi pokok-pokok dan dua buah bangunan menara berkembar – tetapi di luar projek masih sebuah bandar lengang yang memperlihatkan perjuangan Beijing untuk mewujudkan kemakmuran kepada rantau yang suram itu.

Digelar ‘Bandar Shenzhen’ sempena bandar pelabuhan selatan yang sibuk yang membiayainya, pembangunan lebih 200,000 meter persegi itu adalah sebahagian projek kerajaan untuk menstabilkan Xinjiang dengan rangsangan ekonomi besar.

Beijing telah menyatukan janji kekayaan dengan kawalan ketat ke atas kebebasan peribadi dan agama dalam usaha untuk menghentikan persengketaan etnik antara majoriti Cina Han dan minoriti Uighur yang terutamanya beragama Islam di rantau itu.

Namun di luar pusat itu, yang mana papan tanda berlampu LED yang telah pecah memaparkan nombor talian utama pelaburan seperti SOS, rancangan bagi wahah yang subur di pinggir barat gurun Taklamakan adalah seperti khalayan. Rangka separuh siap bangunan bersejarah itu terjulur dari tapak binaan yang berselerak dengan runtuhan batu, dikelilingi pokok-pokok dan rumput layu.

Dalam tahun 2010, kawasan ini telah menyaksikan satu rusuhan yang telah banyak mengakibatkan nyawa terkorban. – AFP

Beberapa projek hebat ini sekitar Kashgar tidak berkembang di sebalik rancangan kerajaan untuk ekonomi rantau itu yang dicengkam kemiskinan setanding negara-negara lain.

Untuk sedemikian, Shenzhen dan 18 bandar-bandar dan wilayah terkaya lain di negara itu dikehendaki memasukkan sebahagian GDP mereka ke dalam Xinjiang di bawah program ‘bantuan gabungan’.

Rasionalnya, ‘jika anda boleh meningkatkan keadaan ekonomi orang, mereka akan menjadi kurang gelisah dari segi politik,” kata Enze Han, seorang pensyarah tentang politik di Sekolah Pengajian Orang Timur dan Afrika, Universiti London. Tetapi “jika anda lihat pada asasnya, kisah di Xinjiang adalah satu kegagalan,” ujarnya lagi.

Bantuan gabungan

Dalam tahun 2010, setahun selepas rusuhan yang mengakibatkan maut di bandar Urumqi, Xinjiang mengorbankan kira-kira 200 orang, pihak berkuasa mendedahkan program ‘bantuan gabungan’ untuk menaikkan GDP setiap kapita rantau itu kepada purata kebangsaan dalam tempoh lima tahun. Menjelang 2015, bandar-bandar seperti Beijing dan Shanghai telah melabur kira-kira $8.5 bilion di rantau itu, menurut agensi berita rasmi Xinhua.

Namun Presiden Xi Jinping mengalihkan tumpuan kembali kepada keselamatan pada tahun 2014 selepas Uighurs melakukan siri-siri serangan ganas di seluruh negara, yang mengorbankan berbelas-belas orang.

Dua tahun kemudian, jurang antara Xinjiang dan yang lain di seluruh negara meningkat, dengan GDP setiap kapitanya berkembang kira-kira 18 peratus lebih perlahan dari negara secara keseluruhannya ketika tempoh lima tahun selepas program bantuan bermula, menurut pengiraan AFP dengan menggunakan statistik kerajaan.

Menjelang 2015, bandar-bandar seperti Beijing dan Shanghai telah melabur kira-kira AS$8.5 bilion terhadap rantau berkenaan. – AFP
Satu lagi projek yang terbantut di bandar itu, Guangzhou New City, ‘pusat bandar’ 1.5 meter persegi di pinggir Kashgar yang dibiayai oleh wilayah selatan Kashgar yang kaya. – AFP

Menangani masalah keseimbangan

Satu lagi projek yang terbantut di bandar itu, Guangzhou New City, ‘pusat bandar’ 1.5 meter persegi di pinggir bandar Kashgar yang dibiayai oleh wilayah selatan Kashgar yang kaya.

Pada lewat Jun lalu, muzik Michael Jackson berkumandang dari alat pembesar suara sekitar kompleks itu, tempat timbunan tinggi sampah di hadapan depan kedai kosong yang ditutupi papan tanda yang telah pudar yang membawa perkataan ‘Untuk disewa’. Tandas-tandas di bilik air lelaki masih berbungkus dalam selofan aslinya.

Apabila pembangunan dibuka pada tahun 2012, bahan-bahan promosi menjanjikan 20,000 pekerjaan dan perumahan bagi sehingga 80,000 orang, kira-kira 15 peratus penduduk Kashgar.

Namun pegawai-pegawai tempatan terpaksa merayu ahli-ahli perniagaan supaya datang, kata Lai Muhammad, seorang peniaga warga Pakistan, yang telah menandatangani pajakan tiga tahun bagi bayaran $1,000 yang kelak ditinggalkannya.

“Beberapa orang tiba, Sangat sedikit,” ujarnya, dengan menambah kata tempat pemeriksaan polis yang sentiasa ada mengelilingi bandar telah menyukarkan bagi para pelanggan untuk datang dan pergi. “Projek telah gagal. “Tidak ada jawapan mudah tentang mengapa projek Kashgar gagal.

Ji Yeon Hong, seorang pakar Xinjiang di Universiti Sains dan Teknologi Hong Kong berkata sementara kebimbangan keganasan menghalang pelaburan ekonomi dan pembangunan, projek-projek ‘nampaknya tidak berkaitan dengan apa yang diperlukan oleh penduduk tempatan.’ Shenzhen City terhalang kerana ‘prospeknya tidak baik,” pengurus projek, Yang memberitahu AFP tanpa mengulas lebih lanjut.

Tetapi prospektus 2014 oleh Shum Yip Group, sebuah syarikat yang terlibat dalam pembangunan berkata ‘keganasan kerap pengganas’ menyukarkannya untuk menarik buruh atau perniagaan.” – AFP