LOS ANGELES, 19 MAC – Gempa cetek berukuran 5.7 magnitud melanda bandar Salt Lake kelmarin, menggegarkan rumah penduduk setempat dan menyebabkan bekalan elektrik terputus di bahagian Barat AS di negeri Utah, lapor Jabatan Geologi AS (USGS).
USGS berkata gempa yang terjadi empat kilometer di Utara Magna, sebuah bandar kecil di Salt Lake, pada kedalaman enam batu.
Gegaran dapat dirasai di keseluruhan kawasan, sebuah peta ditunjukkan oleh agensi pemantauan, walaupun tiada laporan kerosakan serius dilaporkan.
Stesen elektrik Rock Mountain berkata seramai 73,000 orang pengguna elektrik terjejas disebabkan oleh gempa tersebut, di mana laporan berita tempatan menyifatkan gempa itu paling kuat di kawasan tersebut sejak tahun 1992. – AFP
