Bandar utama Myanmar bergelap

YANGON, 24 SEPT – Bekalan elektrik terputus di bandar utama Myanmar dan beberapa bandar lagi hari ini termasuk hab komersialnya, Yangon dan sebahagian ibu negara Naypidaw, kata pihak berkuasa dan koresponden AFP.

Perbadanan Bekalan Elektrik Yangon melaporkan ‘gangguan elektrik sementara di wilayah Yangon hari ini jam 1:35 petang waktu tempatan, sambil menambah usaha sedang dijalankan bagi pemulihan sepenuhnya. Bandar kedua terbesar di negara itu, Mandalay, bandar timur Hpa-an, bahagian selatan negeri Mon dan sebahagian negeri Rakhine di barat negara itu turut mengalami gangguan bekalan elektrik, lapor penduduk kepada AFP.

Sebahagian ibu negara yang dibina tentera, Naypyidaw turut terjejas. Media tempatan melaporkan seorang pegawai dari Jabatan Elektrik Naypyidaw memaklumkan bekalan elektrik tergendala disebabkan ‘kerosakan sistem’ membabitkan grid nasional tanpa mengulas lanjut perincian mengenainya. Isu gangguan elektrik sering terjadi di Myanmar disebabkan jaringan elektrik yang lemah dan ketinggalan zaman, serta melebihi bekalan semasa khususnya ketika musim panas. – AFP