Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Banduan AS guna berus gigi lari dari penjara

    WASHINGTON, 23 MAC – Dua banduan Amerika menggali jalan keluar dari penjara dengan menggunakan berus gigi, dan kemudian ditangkap kembali setelah menikmati ‘kebebasan’ yang singkat.

    Kedua-dua lelaki itu, dikenali sebagai John Garza, 37, dan Arley Nemo, 43, dilaporkan hilang dari Newport News Jail Annex petang Isnin di negeri Virginia.

    Mereka menggunakan alat yang diperbuat daripada berus gigi dan objek logam yang mereka dapatkan di dalam dinding penjara, yang didirikan tidak mengikut piawaian, dan dengan menggunakan besi tersebut yang diubah suai dengan berus gigi untuk melepaskan diri.

    Menggunakan alat tersebut, mereka menebuk lubang di dinding itu dan memanjat satu lagi sebelum melarikan diri.

    Tetapi kebebasan mereka sementara kerana mereka telah ditangkap pada awal pagi Selasa di cawangan rangkaian restoran pankek bernama IHOP di bandar Hampton berdekatan.

    Kenyataan sheriff itu tidak menyatakan sama ada lelaki itu berada di dalam atau di luar restoran ketika mereka ditangkap.

    Garza ditahan atas pertuduhan termasuk menghina mahkamah dan pelanggaran percubaan, manakala Nemo atas kesalahan termasuk penipuan kad kredit dan pemalsuan, kata kenyataan itu.

    Pejabat sheriff tidak akan men-dedahkan dengan tepat bagaimana lelaki itu mengeksploitasi kecacatan dalam pembinaan penjara.

    “Disebabkan kelemahan ini muncul di seluruh kemudahan, dan sehingga semua kelemahan dikenal pasti dan dijamin, kami tidak akan membincangkan situasi itu dengan lebih lanjut atas sebab keselamatan,” kata kenyataan itu. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...