Banduan berjanji kembali ke penjara ditahan semula

ROM, 18 JUN – Dua banduan yang melepaskan diri dari sebuah penjara di Rom pada awal bulan ini, meninggalkan nota kepada pengawal berjanji akan kembali, telah ditahan di Tuscany, kata kementerian keadilan Itali semalam.

Dua sepupu, Davad Zukanovic, 40 dan Lil Ahmetovic, 46, melarikan diri dari penjara Rebibbia semalaman pada 2 Jun dengan memanjat tembok menggunakan hos air yang ditinggalkan di perkarangan penjara. Namun sebelum mereka melepaskan diri, mereka meninggalkan satu nota dalam sel mereka menjelaskan mereka mempunyai sebab peribadi untuk melarikan diri, menurut akhbar Republica.

Mereka didorong oleh ‘keperluan melindungi anak mereka daripada masalah yang dihadapi oleh mereka,” kata akhbar, memparafrasa isi kandungan surat. – AFP