Monday, March 17, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bang Dalam FC beriadah ke Temburong

    Oleh Normazlina M.D

     

    TUTONG, 27 Sept – Seramai 30 orang terdiri daripada tenaga pengurusan kelab berserta keluarga dan pemain-pemain Kelab Bola Sepak Bang Dalam (Bang Dalam FC) Bawah 16 Tahun telah mengadakan aktiviti riadah dan sukan ke Daerah Temburong selama dua hari semalam, baru-baru ini.

    Para peserta yang berasal dari Daerah Tutong berkenaan telah berpeluang merasai suasana tinggal di Daerah Temburong dengan bermalam di Pondok Putihan di Kampung Belais dan Nadi Utama Homestay di Kampung Puni, Temburong yang menawarkan pakej penginapan bagi yang berhasrat untuk bermalam di daerah berkenaan.

    Pada hari pertama, aktiviti diisikan dengan membuat lawatan ke Taman Batang Duri, Karangan, Outward Bound Brunei Darussalam (OBBD) dan Freme Rainforest Lodge.

    Kenangan bergambar ramai semasa rombongan mengadakan aktiviti riadah dan sukan di Daerah Temburong, baru-baru ini.

    Sementara pada sebelah malam, para peserta berpeluang menunaikan sembahyang Fardu Maghrib dan Isyak berjemaah di Masjid Kampung Belais dan seterusnya berkumpul di Pondok Putihan bagi acara makan malam dan barbeku (BBQ).

    Pada hari kedua, aktiviti riadah turut diisi dengan mendaki Bukit Patoi yang terletak di Kampung Batu Apoi Daerah Temburong yang mana ia merupakan pertama kali rombongan menjejakkan kaki ke Bukit Patoi.

    Adapun tujuan aktiviti riadah diadakan adalah untuk mengisi masa percutian mereka di Daerah Temburong di samping dapat megenali lebih dekat aktiviti-aktiviti riadah yang terdapat di daerah berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda