Bangga dengan pembinaan Jambatan Temburong

Jambatan Temburong akan menjadi mercu tanda ikonik baharu bagi Negara Brunei Darussalam.

Jambatan ini merupakan impian bagi kebanyakan penduduk tempatan, terutama dari Daerah Temburong. Sekarang, ia menjadi realiti malah jambatan ini akan menjadi jambatan terpanjang di Asia Tenggara.

Pembinaan jambatan ini jelas menunjukkan komitmen kerajaan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi membantu membangunkan Daerah Temburong dan membawa rakyat Brunei lebih dekat dari kesemua daerah. Apabila jambatan itu siap dibina nanti, adalah tanggungjawab kita untuk sama-sama memastikan kebersihannya dan tidak membuang sampah.

Dalam masa yang sama, menyekat kenderaan berat lebih daripada tiga tan daripada menggunakan jambatan tersebut kecuali atas sebab beberapa pengecualian.

Kami berharap jambatan ini akan dapat memberikan sumber inspirasi kepada kita untuk menghargai usaha pihak kerajaan dalam memberikan kemudahan sekali gus memberikan lagi keselesaan untuk memandu dari Daerah Brunei-Muara dan Daerah Temburong. – Hassan Jerudong.

Gambar fail pembinaan jambatan yang bakal jadi kebanggaan rakyat negara ini.