Bangkai gajah pygmy betina ditemui

KINABATANGAN, 11 OKT – Bangkai seekor gajah pygmy betina ditemukan di Kawasan Santuari Hidupan Liar di Sukau dekat sini, pada Sabtu lepas (9 Okt).

Pengarah Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah  Augustine Tuuga berkata kematian gajah yang dianggarkan berusia sekitar 25 tahun itu dipercayai disebabkan faktor keradangan pada organ dalaman mamalia berkenaan.

“Terlalu awal untuk mengesyaki terdapat sebarang perbuatan khianat.

“Sampel telah dihantar ke Pusat Racun Negara untuk analisis,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini. – Bernama