Thursday, March 23, 2023
22.4 C
Brunei

-

Bangkit dari kejatuhan

Oleh Raz AS

TANPA sekutu dan takhta, apa yang dimilikinya kini hanyalah dirinya sendiri. Setelah gagal untuk mempertahankan takhta kerajaan Wallachian, Lada Dracul berazam untuk menghapuskan siapa sahaja yang berani menghalangnya di laluan berdarah yang dipilihnya.

Dipenuhi dengan amarah yang membara, Lada menyerbu pinggir-pinggir kota bersama orang-orangnya, ditemani oleh rakannya sedari kecil, Bogdan, menghasilkan huru hara dan menimbulkan ketakutan ramai.

Akan tetapi, keganasan tidak pernah memberikannya apa yang dimahukannya, dan mengisikan fikirannya mengenai Mehmed tidak pernah membawakan ketenangan ke dalam hatinya yang bergelora.Dia tidak mempunyai waktu untuk memikirkan mengenai lelaki itu. Lada meninggalkan Mehmed sebelum dia ditinggalkan. Apa yang Lada perlukan adalah bantuan kepakaran daripada adiknya sendiri, Radu.

Namun Radu telah dihantar oleh Mehmed ke Konstantipel, bukan atas urusan diplomasi. Mehmed ingin menguasai bandar itu dan Radu telah diarahkan untuk menjadi perisik bermuka dua di belakang barisan musuh.

Radu merindukan semangat kakaknya yang kental, walau bagaimanapun buat pertama kali dalam hidupnya dia telah menolak permohonan bantuan daripada Lada.

Dapatkanlah novel yang penuh debaran, Now I Rise karya Kiersten White segera.
Dapatkanlah novel yang penuh debaran, Now I Rise karya Kiersten White segera.

Terjebak di antara kesetiaan terhadap pegangannya, Empayar Uthmaniah dan Mehmed, dia percaya bahawa dia tidak terikat untuk membantu Lada.

Jika Lada mati, dia tidak akan dapat pernah memaafkan dirinya, dan jika dia gagal menawan Konstantinopel mungkinkah Mehmed akan mengampunkannya? Empayar akan jatuh, takhta akan ditakluki dan jiwa akan melayang, dapatkanlah novel yang penuh debaran, Now I Rise karya Kiersten White segera.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea Utara uji lagi peluru berpandu

SEOUL, 22 MAC - Korea Utara melancarkan beberapa peluru berpandu krus hari ini, kata tentera Seoul, pelancaran terbaharu ini berlaku ketika Korea Selatan dan...
- Advertisment -