Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Bangkok bakal pilih gabenor baharu

    BANGKOK, 20 MEI – Berjuta-juta pengun di Bangkok akan memilih gabenor baharu pada Ahad ini dalam pilihan raya besar pertama sejak bantahan pro-demokrasi menggegarkan ibu negara Thailand itu, dengan seorang bekas menteri disingkirkan dalam rampasan kuasa tentera 2014 menjelang undian berkenaan.

    Pilihan raya berkenaan muncul ketika Perdana Menteri Prayut Chan-O-Cha bergelut untuk mempertahan kerajaan gabungan pimpinannya sehingga pilihan raya umum yang dijadualkan dalam tempoh 12 bulan.

    Kali terakhir 10 juta penduduk metropolis yang sibuk itu memilih gabenor adalah pada 2013. Selepas merampas kuasa sebagai ketua tentera pada 2014, Prayut memecat penjawat sebelumnya dan melantik orangnya sendiri.

    Mendahului 30 orang calon ialah Chadchart Sittipunt, bekas menteri pengangkutan dalam kerajaan awam yang disingkirkan dalam rampasan kuasa terkini daripada 12 yang menggegarkan politik Thailand sejak kelahiran demokrasi pada 1932. – AFP

    Gambar bertarikh 5 April 2022 menunjukkan Chadchart Sittipunt (kiri) bercakap dengan penduduk ketika berkempen sebagai calon bebas dalam piliha raya gabenor Bangkok akan datang, di daerah Pathum Wan, Bangkok. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...