Bangkok ‘bernafas’ dalam jerebu

BANGKOK, 20 JAN – Jerebu tebal di tahap tidak sihat, membelenggu Bangkok selama lebih daripada seminggu, ketika penduduk di ibu negara Thai itu berang atas langkah-langkah kurang cekap kerajaan bagi menangani masalah itu.

Ketika jerebu tebal menyelubungi negara hari ini, tahap pencemaran meningkat kepada 95 mikrogram setiap meter padu pada 2.5 PM partikel waktu petang di beberapa kawasan, menurut Jabatan Kawalan Pencemaran kerajaan yang menerangkan tahap itu amat tidak sihat. Tahap maksimum dianggap selamat oleh kerajaan ialah 50.

Partikel 2.5 PM merupakan zarah yang cukup kecil boleh menembusi paru-paru yang boleh mengakibatkan masalah pernafasan jangka pendek dan juga isu kesihatan serius jangka panjang.

Krisis jerebu Bangkok adalah akibat udara panas dan tidak berangin serta jumlah debu halus melampau daripada pencemaran kenderaan dan aktiviti lain, terang Pengarah Am Jabatan Kawalan Pencemaran, Pralong Damrongthai dalam kenyataan akhbar hari ini. Menurutnya, jerebu terperangkap hampir kepada daratan dengan menyelubungi udara panas dalam apa yang ahli meteorologi gelar satu pembalikan. – AP