Wednesday, August 17, 2022
23.9 C
Brunei

Bangkok, Chiang Mai antara destinasi pelancongan dibuka semula Oktober ini

-

BANGKOK, 6 SEPT – Susulan kejayaan ‘Phuket Sandbox’ dan ‘Samui Plus’, Thailand merancang membuka kembali lebih banyak destinasi pelancongan popularnya mulai bulan depan bagi menghidupkan kembali industri pelancongan yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Timbalan Jurucakap Kementerian Luar Natapanu Nopakun berkata Bangkok dan empat wilayah lain iaitu Chonburi, Phetchaburi, Prachuap Khiri Khan dan Chiang Mai akan dibuka semula kepada pelancong yang telah divaksin mulai 1 Oktober.

“Ia akan diikuti 21 wilayah lain pada pertengahan Oktober, yang perinciannya akan diumumkan bila tiba masanya,” katanya semasa taklimat harian COVID-19 di sini hari ini. Sejak pembukaan semula, Phuket telah menyambut 26,400 pengunjung sepanjang dua bulan pertama, bermula 1 Julai hingga 31 Ogos, menjana pendapatan bernilai 1.63 billon Baht. – Bernama

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Iran nafi terbabit serangan Salman Rushdie

TEHRAN, 15 OGOS – Pegawai kerajaan Iran hari ini menafikan Tehran terbabit dalam serangan yang mencederakan penulis kontroversi, Salman Rushdie di Amerika Syarikat (AS)...

China lancar latihan baharu

- Advertisment -