Bangladesh berkas 172 Rohingya

COX’S BAZAR, 1 NOV – Polis Bangladesh menahan 172 Rohingya dalam beberapa minggu kebelakangan ini selepas tindakan keras yang dicetuskan oleh pembunuhan kejam seorang pemimpin masyarakat terkemuka, kata pasukan itu hari ini.

Mohib Ullah ditembak mati pada hujung September lalu di sebuah kem pelarian berhampiran bandar pelabuhan Cox’s Bazar, di wilayah yang menempatkan lebih 700,000 pelarian Rohingya.

Guru berusia 48 tahun itu muncul sebagai pembela yang dihormati masyarakat tetapi beberapa minggu sebelum pembunuhannya telah menjadi sasaran ancaman bunuh kumpulan militan Tentera Penyelamat Arakan Rohingya (ARSA). Antara yang ditahan dalam beberapa minggu sejak itu ialah 10 orang yang disyaki terbabit dalam pembunuhan itu, kata Naimul Haque, komander Batalion Polis Bersenjata (APB) elit.

“Perjuangan kami menentang penjahat di kem akan diteruskan,” tambahnya. – AFP