Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Bangladesh: IMF setuju pakej bantuan AS$4.5 bilion

    DHAKA, 9 NOV – Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) hari ini mengatakan ia mencapai persetujuan awal untuk menyerahkan Bangladesh pakej sokongan AS$4.5 bilion bagi membantunya menangani kenaikan harga makanan dan tenaga.

    Bangladesh seperti ekonomi Asia lainnya telah terjejas teruk dengan kenaikan mendadak harga, susulan serangan Rusia ke atas Ukraine hingga mencetuskan bantahan marah di jalanan.

    Negara Asia Selatan yang mempunyai kira-kira 170 juta orang penduduk itu menghubungi IMF awal tahun ini untuk mendapatkan sokongan.

    Delegasi IMF dan perwakilan Dhaka telah ‘mencapai persetujuan peringkat kakitangan untuk menyokong dasar ekonomi Bangladesh’ yang berjumlah AS$4.5 bilion di bawah pelbagai kemudahan, menurut institusi itu dalam satu kenyataan, sambil menambah perjanjian itu tertakluk kepada kelulusan pengurusan IMF.

    Bangladesh merancang untuk menggunakan pinjaman IMF bagi menyokong rizab pertukaran asingnya, yang telah merosot daripada AS$46 bilion kepada AS$34 bilion.

    Mata wang Taka Bangladesh telah menyusut kira-kira 25 peratus berbanding dolar AS dalam beberapa bulan kebelakangan ini, manakala menurut angka rasmi inflasi telah mencecah 10 peratus – tetapi ahli ekonomi bebas berkata angka sebenar menghampiri 20 peratus. – AFP

    Perwakilan IMF, Rahul Anand (tengah) bercakap semasa sidang media di Dhaka pada 9 November. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...