Bangladesh, India dijangka meterai perjanjian

NEW DELHI, 3 OKT – Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina tiba di India hari ini untuk lawatan di mana beliau dijangka menandatangani perjanjian untuk menambah perdagangan dan pelaburan serta meningkat kesalinghubungan rantau.

Hasina akan bertemu dengan Perdana Menteri India Narendra Modi pada Sabtu dan juga dijadual menyampaikan ucapan pada mesyuarat forum Ekonomi Dunia ketika lawatan tiga hari beliau.

Hasina juga dijangka mendapatkan sokongan dalam pelan negaranya untuk mendesak Myanmar menerima penduduk Islam Rohingya yang melarikan diri daripada keganasan dan penindasan di sana dalam apa yang telah menjadi salah satu krisis pelarian terbesar di Asia dalam beberapa dekad. Bangladesh berusaha mendapatkan kerjasama dari India, China dan Jepun untuk mempertingkat proses tersebut. Sementara itu, Bangladesh juga bimbang berhubung penangguhan India dalam menandatangani perjanjian mengenai perkongsian air dari sungai Teesta, yang mengalir dari India ke Bangladesh. Bangladesh berkata ia merupakan negara riparian yang lebih rendah dan memerlukan air sungai Teesta pada musim panas. – AP

Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina tiba di lapangan terbang di New Delhi, India, kelmarin untuk lawatan tiga hari ke India. – AP