Friday, April 19, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Bangladesh lancar skim pembiayaan semula industri hijau

    DHAKA, 8 DIS – Bank Pusat Bangladesh melancarkan skim pembiayaan semula 50 bilion taka (kira-kira AS$500 juta) untuk membantu peralihan industri kepada agenda hijau dengan jentera modal yang cekap tenaga dan mesra alam.

    Di bawah skim yang dinamakan “Pembiayaan Peralihan Hijau”, Bangladesh Bank memaklumkan pihaknya akan membantu peminjam menggantikan jentera modal sedia ada yang memudaratkan alam sekitar, lapor Xinhua.

    Perniagaan boleh memanfaatkan dana itu untuk menggantikan jentera modal di bawah sembilan kategori termasuk kecekapan penggunaan air dalam pemprosesan, pemuliharaan dan pengurusan air, kecekapan sumber dan kitar semula, tenaga boleh diperbaharui, serta pengurusan haba dan suhu. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...