DHAKA, 21 JAN – Bangladesh menerima dua juta dos vaksin koronavirus dari India hari ini, dengan kerajaan mengatakan ia merancang untuk memulakan inokulasi ke atas 168 juta penduduk minggu depan.
Negara Asia Selatan itu merupakan salah sebuah dari beberapa negara yang menerima bekalan percuma vaksin Covishield AstraZeneca-Oxford dari India sebagai hadiah.
Ubat itu dihasilkan oleh Serum Institute India, pengilang vaksin terbesar di dunia.
Menteri Kesihatan, Zahid Maleque berkata Bangladesh akan membeli 30 juta dos vaksin dan dijangka akan menerima konsainan bulanan sebanyak lima juta dos.
Bangladesh sebuah negara miskin itu telah menyaksikan 8,000 orang maut akibat koronavirus walaupun pandemik itu tidak seteruk seperti yang ditakuti di sebuah negara yang menempatkan bandar-bandar padat dan hanya memiliki 600 katil rawatan rapi.
Kerajaan merancang untuk menginokulasi antara 500 dan 600 doktor dan jururawat awal minggu depan sebelum pelancaran vaksin seluruh negara pada awal Februari, kata jurucakap Kementerian Kesihatan, Maidul Islam Prodhan kepada AFP. – AFP
