Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Bangladesh perlu AS$12.5 bilion untuk pelan iklim

    DHAKA, 1 NOV – Bangladesh memerlukan sekurang-kurangnya AS$12.5 bilion, kira-kira tiga peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) untuk pelan tindakan iklim dalam tempoh sederhana, menurut laporan Bank Dunia.

    Opsyen pembiayaan termasuk keutamaan belanjawan, percukaian karbon, pembiayaan luar dan pelaburan swasta, menurut Laporan Iklim dan Pembangunan Negara Kumpulan Bank Dunia untuk Bangladesh pada Isnin.

    Walaupun berjaya mengurangkan jumlah mangsa daripada bencana iklim, laporan itu menyebut  Bangladesh terus berhadapan risiko iklim yang teruk dan semakin meningkat yang boleh merisikokan potensi pertumbuhan kukuh negara itu jika tindakan segera tidak diambil. Perubahan iklim paling teruk menjejaskan orang miskin, katanya sambil menambah purata kos yang ditanggung Bangladesh akibat ribut tropika ialah kira-kira AS$1 bilion setahun.

    Menjelang 2050, satu pertiga daripada KDNK pertanian boleh terjejas dan 13 juta orang akan terjejas, lapor Xinhua. Sekiranya berlaku banjir teruk, KDNK boleh merosot sembilan peratus. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...