Thursday, February 20, 2025
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bangladesh tangkap suspek bunuh ketua Rohingya

    DHAKA, 11 Julai – Polis Bangladesh telah menangkap seorang lelaki yang disyaki membunuh dua ketua Rohingya di tenggara negara itu di mana puluhan ribu dari kumpulan itu tinggal di kem selepas lari daripada didakwa di Myanmar, kata pegawai hari ini.

    Dhaka menganggarkan kira-kira 400,000 pelarian Rohingya kini berada di Bangladesh, dengan 70,000 tiba sejak Oktober apabila pasukan keselamatan Myanmar melancarkan tindakan keras yang kejam ke atas kumpulan minoriti di kejiranan negeri Rakhine bagi bertindak balas kepada serangan militan di pos polis.

    Mohammad, lelaki Rohingya berusia 32 tahun telah ditangkap pada Ahad dari salah sebuah kem kotor di daerah Cox’s Bazar, Bangladesh, yang bersempadan dengan Rakhine dan tempat ribuan minoriti etnik Muslim kini tinggal dalam kemiskinan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda