Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Bangladesh tutup sekolah, kurangkan waktu pejabat

    DHAKA, 23 OGOS – Sekolah-sekolah di Bangladesh akan ditutup sehari setiap minggu manakala pejabat kerajaan dan bank-bank akan mengurangkan waktu bekerja mereka sejam bagi menjimatkan penggunaan elektrik di tengah-tengah kebimbangan peningkatan harga minyak dan impak perang Ukraine.

    Penutupan dan pengurangan itu akan berkuat kuasa esok. Kebanyakan sekolah di Bangladesh tutup pada Jumaat namun kini ia juga akan ditutup pada Sabtu, kata Setiausaha Kabinet, Khandker Anwarul Islam kelmarin.

    Menurutnya, pejabat kerajaan dan bank akan mengurangkan waktu bekerja mereka kepada tujuh berbanding lapan jam sebelum ini, namun pejabat swasta akan dibenarkan untuk menetapkan jadual mereka sendiri. Gangguan bekalan akibat perang Ukraine telah membawa kepada peningkatan harga tenaga dan makanan di seluruh dunia.

    Bangladesh mengambil langkah-langkah dalam masa beberapa minggu kebelakangan ini untuk meringankan tekanan ke atas rizab mata wang asingnya yang merosot. Bulan lalu, harga minyak meningkat lebih 50 peratus dan kerajaan mengatakan ia menerokai pilihan untuk mendapatkan minyak lebih murah daripada Rusia di bawah pengaturan khas.

    Keputusan itu mencetuskan kritikan, namun kerajaan mengatakan ia perlu dibuat untuk mengurangkan kerugian di tengah-tengah kenaikan harga minyak antarabangsa. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...