Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Banglo rosak dalam kebakaran

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan JBP

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 JAN – Sebuah rumah banglo mengalami kerosakan dalam kejadian kebakaran yang berlaku di Kampung Mata-Mata, awal pagi tadi.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), di sini, seramai 12 orang anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Beribi, Cawangan Operasi A yang diketuai oleh ASO Azami bin Haji Bungsu, dikejarkan ke tempat kejadian pada pukul 3:37 pagi.

    Kenyataan menyatakan bahawa api besar telah membakar keseluruhan rumah jenis banglo yang diperbuat daripada konkrit dan beratapkan spandik.

    Anggota bomba dan penyelamat bertindak memakai set alat pernafasan dan memadam kebakaran dengan air diperoleh daripada jentera bomba.

    Kenyataan menyatakan bahawa api dapat dikawal dalam masa 10 minit dan dalam kejadian berkenaan, tidak ada sebarang korban jiwa dilaporkan manakala punca serta anggaran kerugian masih dalam siasatan.

    JBP dalam kenyataannya menyarankan orang ramai supaya memastikan kediaman mereka dilengkapi de-ngan peralatan pemadam api mudah alih jenis ABC debu kering dan selimut api, memastikan untuk menutup mana-mana suis peralatan elektrik selepas digunakan atau sebelum meninggalkan rumah, jangan sesekali meninggalkan masakan di dapur tanpa diawasi dan jika terdapat kebocoran pada gas, pastikan jendela dan pintu dibuka bagi pengudaraan serta memastikan penyelenggaraan wayar elektrik dikendalikan oleh syarikat yang bertauliah mengikut piawaian yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Elektrik.

    Orang ramai juga disarankan supaya jika berlaku sebarang insiden kecemasan untuk menghubungi talian kecemasan 995 dan memberikan maklumat yang tepat.

    ATAS & BAWAH: Keadaan rumah banglo berkenaan selepas kejadian kebakaran berlaku di Kampung Mata-Mata, awal pagi semalam.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...