Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    ‘Bangun dan majukan diri’

    Oleh Yusrin Junaidi
    Gambar oleh Muiz Matdani & Infofoto

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 MEI – Golongan belia dan semua pihak diseru bergabung usaha untuk membangun dan memajukan diri masing-masing agar menjadi warga yang benar-benar bertanggungjawab, maju dan perkasa.

    Selain itu, para belia juga perlulah menunjukkan bukti-bukti keperibadian yang luhur, berwawasan, kreatif dan berilmu, bukan lemah dibuai oleh keseronokan-keseronokan yang kurang bermakna.

    Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menekankan perkara tersebut semasa berkenan mengurniakan titah pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, hari ini.

    Selain itu, titah Baginda, golongan belia juga diiktiraf sebagai golongan penggerak dan pendukung pembangunan yang berpotensi untuk membawa negara melangkah lebih ke hadapan.

    Oleh sebab itu, golongan belia itu lazimnya disebut sebagai pewaris masa depan.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah semasa berkenan beramah mesra dengan peserta persembahan pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Yayasan di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, kelmarin.
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan mengurniakan titah pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Yayasan di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, kelmarin.

    Oleh sebab itu, golongan belia itu lazimnya disebut sebagai pewaris masa depan.
    “Inilah yang diharapkan oleh masyarakat dan negara daripada para belia. Masyarakat dan negara tidak meminta lain melainkan hanya jasa para belia, yang berupa sumbangan tenaga dan moral sahaja.

    “Dan inilah makanya para belia itu disanjung tinggi dengan pelbagai jolokan nama seperti ‘Belia Harapan Bangsa’, ‘Belia Wira Bangsa’, ‘Belia Pelita Zaman’ dan lain-lain lagi,” titah Baginda.

    Oleh itu, golongan belia hendaklah benar-benar menepati erti jolokan-jolokan tersebut sebagai penghormatan kepada mereka.

    Selain itu, titah Baginda lagi, dalam situasi tertentu, penampilan para belia adalah ditunggu-tunggu seperti jika berlaku sesuatu kejadian yang tidak diingini, maka kesediaan para belia untuk menyumbangkan khidmat bakti mereka adalah sangat disenangi, berdasarkan, sifat-sifat mereka yang aktif, cergas dan penuh tenaga untuk memberikan sebarang pertolongan.

    Terdahulu, Baginda merafakkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya sambutan Hari Raya Aidilfitri dapat diraikan walaupun masih berdepan dengan wabak koronavirus.

    Namun, Baginda mengingatkan supaya kita sentiasa bersikap berwaspada dan mematuhi protokol kesihatan dan prosedur operasi standard (SOP) bagi memelihara kesejahteraan bersama.

    “Kita sedia menyedari bahawa dunia masih saja bergelut dengan wabak dan menerima kesan yang teruk, namun Alhamdulillah, negara kita masih mampu untuk bertahan dengan memilih strategi teratur bagi mengawal penularan wabak, sehinggakan kita dapat mengekalkan kelangsungan hidup dan kemajuan ekonomi,” titah Baginda.

    Dalam masa yang sama, Baginda mengingatkan kita agar jangan pernah berhenti daripada memohon perlindungan Allah SWT melalui istighfar, bacaan Al-Quran, zikir dan selawat ke atas Nabi SAW.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...