Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Bangunan 42 tingkat terbakar di China, tiada kematian

    BEIJING, 16 SEPT – Asap tebal dan hitam menyelubungi sebuah bangunan pencakar langit setinggi 42 tingkat di tengah China hari ini, dari bangunan milik operator telekom terbesar negara namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan daripada kejadian itu, menurut pegawai.

    Berpuluh-puluh tingkat terbakar di bangunan China Telecom di bandar Changsha, ibu kota wilayah tengah, Hunan. Jabatan bomba bandar itu mengerahkan 280 anggota bomba yang segera memadamkan kebakaran di bangunan setinggi 720 kaki itu.

    Tiada kecederaan atau kematian dilaporkan, menurut kenyataan China Telecom. Ia turut mengesahkan tiada gangguan kepada perkhidmatan telefon selular namun pengguna media sosial mengadu mereka tidak dapat menggunakan telefon mereka.

    Video kebakaran menunjukkan sebelah bangunan itu kelihatan diselubungi asap tebal, dengan serpihan jatuh ke tanah. Dalam video lain dari media tempatan pula menunjukkan pekerja di dalamnya menguruskan pengosongan bangunan. Tiada maklumat segera mengenai punca kebakaran. – AP

    Gambar sedutan dari video menunjukkan kebakaran besar dan asap hitam yang menyelubungi bangunan pencakar langit China Telecom di Changsha, wilayah Hunan, 16 September. Tiada kecederaan dan kematian dilaporkan dalam kejadian itu, menurut pegawai. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...