Bangunan Alpine 007 dibuka untuk kunjungan ramai

KETIKA pengembaraannya semakin berakhir, para penonton filem melihat James Bond bertarung nyawa di kawasan pergunungan Austria.

Kini, di lokasi yang sama, iaitu sekitar 3,000 meter atas paras laut, sebuah muzium didedikasikan khas untuk peminat cerita fiksyen terkenal dunia itu dan dibukakan untuk kunjungan orang ramai.

Selepas menaiki kereta kabel yang menggerunkan, para pengunjung yang melawat muzium tersebut akan disambut dengan pemandangan yang futuristik, sudut struktur konkrit diperluaskan lagi sehingga menghadap ke kawasan tebing cerun yang tinggi. Malah para pengunjung berpeluang menikmati panorama yang dramatik di kawasan yang tinggi. Imej sebuah kediaman seorang ejen antarabangsa.

Pemasangan elemen 007 itu, di mana akan dibukakan pada minggu ini di kawasan Tyrol, Austria, menggunakan salah satu lokasi yang menonjol pada babak akhir filem tersebut yang diterbitkan pada tahun 2015, ‘Spectre’.

Beberapa adegan utama dirakam di Soelden, iaitu salah satu lokasi penginapan musim sejuk yang terkenal dan popular di Austria, di tengah-tengah pusat lembah Alpine Oetztal.

Sebuah kapal dari salah satu adegan aksi dramatik dalam ‘Spectre’, digantung di depan sebuah dinding kaca, dengan pemandangan horizon kawasan pergunungan di belakangnya. – AFP
Antara aksi yang ada dalam adegan filem James Bond dipaparkan secara langsung untuk tatapan para pengunjung. – AFP

Tirai besi dan kaca di sebuah klinik di mana karakter Lea Seydoux berlakon di dalam filem itu sebenarnya sebuah restoran bersebelahan dengan stesen kereta kabel dan sekarang dijadikan sebagai sebuah muzium. Dan Jalan Oetztal Glacier di kawasan pergunungan itu menjadi lokasi untuk adegan kejar-mengejar antara Daniel Craig 007 dan individu jahat dengan berlatar belakangkan gunung-gunung yang memutih dan bersalji.

“Kami fikir dengan gabungan antara lokasi yang luar biasa dan jenama James Bond akan lebih hebat,” kata Jakob Falkner, ketua Bergbahnen Soelden, syarikat ski dan salah seorang arkitek projek tersebut kepada AFP.

Suhu di bawah sifar

Pemasangan telah direka bentuk dengan kerjasama rapat syarikat perfileman UK yang telah melahirkan francais itu dan bermatlamat untuk memberikan para pengunjung satu perjalanan audiovisual terhadap filem-filem tersebut.

Arkitek, Johann Obermoser menerangkan dalam usaha merekanya menyerupai filem Bond, ia memerlukan usaha untuk membina satu ruang, sekitar 1,300 meter persegi ruang telah digali dari batu-batu gunung, menyebabkan kebanyakan ruang bilik di dalam kawasan pergunungan, lantas, anda akan dapat melihat sedikit sahaja pemandangan dari luar.

“Idea itu adalah untuk merasakan kesukaran landskap dari dalam, untuk merasakan tekanan yang telah dibawa bagi menanggung elemen-elemen itu.” Suhu di dalam bangunan itu perlu berada di bawah kosong sepanjang tahun, sebagaimana bangunan itu dikhuatiri berisiko untuk runtuh jika persekitarannya mula mencair.

Di dalam, muzium itu terdiri daripada sembilan peringkat melalui sebuah bilik yang gelap dan lorong yang dilengkapi dengan skrin gergasi dan cermin. – AFP

Ia mengambil masa selama setahun untuk membina muzium itu di tengah-tengah keadaan yang merepuh, kata Obermoser. “Kami mempunyai salji dari bulan Ogos dan seterusnya manakala pada bulan November ia akan tiga meter dalam,” jelasnya.

Di dalam, muzium itu terdiri daripada sembilan peringkat melalui sebuah bilik yang gelap dan lorong yang dilengkapi dengan skrin gergasi dan cermin bagi memberikan pengunjung untuk memilih adegan-adegan daripada filem berkenaan.

Secara langsung seperti dalam filem

“Kami mahu merasakan seperti dalam versi yang sebenar sebagaimana dalam filem tersebut,” kata Neal Callow, pengarah kreatif dalam pemasangan set dalam filem Bond baru-baru ini, menambah bahawa dia telah berusaha untuk mencipta hasil kerjanya dalam set filem kepada konteks reka bentuk di dalam muzium itu, menggunakan seni bina, pencahayaan dan juga bunyi.

Para pengunjung akan melalui sejarah francais di mana ia diwakili oleh pelbagai pelakon yang memainkan peranan Bond dan sesetengah siri kebanyakannya memperlihatkan lokasi yang terkenal, sebelum ditenggelami dengan pelbagai aksi adegan dan menemui rahsia bagaimana ia telah difilemkan.

Ini adalah sebuah muzium mengenai James Bond dan setentunya ia akan lebih banyak memperlihatkan gajet-gajet yang memukau seperti jam, pistol emas dan kereta robotik.

Dan hasil kerja yang paling menonjol? sebuah kapal dari salah satu adegan aksi dramatik dalam ‘Spectre’, digantung di depan sebuah dinding kaca, dengan pemandangan horizon kawasan pergunungan di belakangnya. – AFP