Bangunan apartmen runtuh ragut tiga nyawa peguam

KAHERAH, 9 SEPT – Sebuah bangunan apartmen runtuh di sebuah bandar di luar bandar Mesir, membunuh tiga orang, lapor media kerajaan hari ini.

Pasukan keselamatan masih lagi mencari bagi kemungkinan mangsa di bawah runtuhan bangunan empat tingkat di bandar Shoubra el-Khaima di wilayah Qalyubia, menurut akhbar harian Al-Ahram. Bangunan itu runtuh lewat kelmarin.

Cawangan Persatuan Peguam di Qalyubia mengumumkan mangsa korban itu merupakan para peguam yang bekerja di firma guaman di bangunan yang dimiliki oleh salah seorang daripada mereka.

Agensi berita rasmi MENA berkata polis mengepung kawasan tersebut dan memindahkan bangunan berdekatan atas sebab keselamatan. – AP