Bangunan-bangunan ikonik Cannes dinaiktaraf

CANNES – Setelah bertahun-tahun terkenal dengan reputasi glamor, hotel lima bintang Cannes memperuntukkan sebanyak AS$1 bilion pengubahsuaian bagi menarik lagi bintang-bintang gred A Hollywood.

Dengan kadar harga bilik yang sangat mahal khususnya semasa festival filem – yang bermula Selasa depan – bangunan raksasa yang hebat itu telah memperuntukkan wang yang begitu banyak bagi memberikannya lagi sentuhan yang sangat mahal dan mewah.

Terletak di pinggir sungai, La Croisette, telah menjadi bangunan ikonik mahal sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sebagaimana beberapa jenama mewah dari Perancis dan Itali seperti Chanel, Dior dan Gucci sentiasa bersaing untuk mendapatkan wang tunai. Selama bertahun-tahun, beberapa buah hotel bersejarah di bandar itu telah menua akan tetapi tidak pernah kehilangan pelanggan.

“Kami mahu terlena sekejap,” akui Michel Chevillon, ketua kesatuan hotel di Cannes, yang menganggarkan sekitar 133 hotel yang terkenal menjadi anggota gerakan tersebut.

“Tempahan tidak jatuh malah apa yang merisaukan kepuasan pelanggan yang tidak terjamin. Acara besar bakal berlangsung lalu untuk memastikan bahagian pasaran hotel ini, kami terpaksa menaik taraf bangunan ini,” katanya kepada media.

Jumlah yang besar itu dilaburkan ke atas hotel mewah di bandar itu, kata Chevillon, tidak lebih dari Qatari Hotel Belle Epoque Carlton, di mana beberapa kawasannya telah menguasai kawasan pantai. Perbelanjaan mereka untuk mengubahsuai itu boleh mecapai sehingga 300 juta euro (AS$337), katanya kepada media.

Cannes menjadi destinasi utama pelabuhan kapal layar mewah dengan Rolex, Louis Vuitton dan Chopard menjadi 70 jenama terunggul di sepanjang La Croisette. – AFP
Dengan kadar harga bilik yang sangat mahal khususnya semasa festival filem, bangunan raksasa yang hebat itu telah memperuntukkan wang yang begitu banyak bagi memberikannya lagi sentuhan yang sangat mahal dan mewah. – AFP
Hari ini, vila-vila mewah yang pernah dimiliki oleh bangsawan itu telah dimiliki oleh penduduk oligarki Rusia. – AFP

34,000 euro untuk satu malam

Perbelanjaan itu adalah perlu, Chevillon berhujah, mengakui bahawa keadaan bangunan itu sudaah seperti terdedah. Dia telah menelusuri beberapa buah rangkaian hotel yang telah menjalani kerja pengubahsuaian sejak beberapa tahun kebelakangan ini seperti Radisson Blu dan Marriott pada tahun 2009, kemudian Majestic pada tahun 2010 dengan satu kawasan baharu telah dibina berdekatan Majestic.

Martinez, hotel terbesar Cannes dengan 409 bilik hotel, dibuka semula selepas tahun lepas berikutan proses pengubahsuaian hotel. Pada hari ini, sebuah bilik suite berharga 34,000 euro untuk satu malam khususnya pada waktu musim panas malah kadar sewa bilik tidak didedahkan semasa five tersebut.

“Dan jika anda lihat hotel yang kecil, menyumbang separuh daripada 5,500 bilik di bandar dan telah melabur sepanjang tahun, anda tidak jauh dari satu billion euro sepanjang dekad,” tambah Chevillon sambil mengira-ngira. “Bagi sebuah bandar yang mempunyai 70,000 penduduk, ia sesuatu yang jarang berlaku,” jelasnya.

Mitos mengenai Riviera Perancis bermula pada akhir abad ke-19 ketika bangsawan Eropah mula bertinju di situ, dengan Cannes dengan begitu cepat menjadi destinasi yang semakin menyaingi Paris, Barceklona, Vienna dan Budapest. Pada hari ini, vila-vila mewah yang pernah dimiliki oleh bangsawan itu telah dimiliki oleh penduduk oligarki Rusia.

Cannes menjadi destinasi utama pelabuhan kapal layar mewah dengan Rolex, Louis Vuitton dan Chopard menjadi 70 jenama terunggul di sepanjang La Croisette. Cannes juga merupakan salah satu destinasi persidangan terkemuka di Eropah yang menarik ribuan untuk MIPCOM, ‘streaming market’ terbesar di dunia di mana berpuluh-puluh acara berprestij turut diadakan di kawasan itu.

Menaikkan ‘Bunker’

Pada minggu ini, kira-kira 40,000 orang dari industri perfileman, diantaranya 5,000 profesional media, dengan hotel yang menghadapi persaingan yang semakin meningkat apatah lagi kemunculan sewa Online seperti Airbnb. Kira-kira 6,000 rumah akan disewakan pada tahun ini.

Dalam pasaran yang sentiasa kompetitif, pengusaha hotel perlu memandang ke hadapan dengan reka bentuk yang menarik, fabrik dan bahan-bahan yang terkini serta kemudahan teknologi yang canggih, kata Chevillon. “Selepas lima tahun, hiasan dan dekorasi sahaja tidak lagi memberikan gaya, selepas tujuh, ia tidak lagi dianggap bergaya dan selepas 10 pula ia akan terus usang,” tambahnya.

Martinez telah bertaruh dengan campuran pastel yang luar biasa bagi meningkatkan lagi sentuhan dekorasi warisan, di mana tidak ada pemilik hotel yang berani untuk berbuat demikian pada masa lalu. The Palais Des Festival, di mana filem-filem akan bersaing untuk menang dan berlangsung telah mengalami perubahan besar.

Dikenali sebagai Bunker, colossus konkrit putih dengan tingkap berwarna membawa keuntungan sehingga 865 juta euro setelah 50 tahun acara tersebut diadakan di mana 190 juta euro dijana oleh festival itu sendiri.

Dibina pada tahun 1982, bangunan ini baru-baru ini telah menjalani kerja-kerja pengubahsuaian sehingga memakan belanja 100 juta euro, dengan pelaburan lebih tinggi sebanyak 62 juta euro menjelang tahun 2024, bagi menambah lagi panggung wayang di tingkat enam serta merombak perhiasan di sekitar kawasan permaidani merah.

“Ia tidak akan menjadi Louvre akan tetapi ia pasti akan lebih menarik daripada itu,” akui Datuk Bandar Cannes, David Lisnard. – AFP