Bangunan bersejarah Fort Renee terbakar

KUCHING, 9 OGOS – Bangunan bersejarah, Fort Renee yang berusia 132 tahun di Saratok, kira-kira 208km dari sini, terbakar pagi tadi.

Jurucakap Pusat Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata kebakaran itu dilaporkan berlaku kira-kira pukul 10:32 pagi dan sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Saratok diketuai Nazry Mohamat bergegas ke tempat kejadian.

“Kebakaran berjaya dikawal pada 10:55 pagi, hanya 20 peratus atau 790 meter persegi bangunan itu musnah membabitkan sebuah bilik mesyuarat pemimpin masyarakat yang terletak di tingkat bawah,” katanya.

Bangunan bersejarah dua tingkat itu dibina pada 1988 semasa pemerintahan Charles Brooke sebagai kemudahan pertahanan dan pejabat pentadbiran untuk memungut cukai daripada penduduk Saratok.

Kerajaan negeri Sarawak terus menggunakan bangunan itu selepas kemerdekaan negeri ini bagi menempatkan pejabat Daerah Saratok dan pusat Internet komuniti. – Bernama