DUBAI, 16 Jan – Sebuah bangunan perbandaran telah dibakar semalam di Bahrain yang diperintah Ahli Sunah, kata kerajaan hari ini, ketika keganasan baru meletus berhubung pelaksanaan hukuman mati tiga penganut Syiah yang disabit bersalah atas serangan bom maut terhadap polis.
Kebakaran di bangunan di Shamalia, di kawasan Aali Syiah, selatan bandar Manama, akhirnya dapat dikawal, kata kementerian dalam negeri, tanpa mengaitkannya dengan pelaksanaan hukuman mati itu.
“Menurut laporan awal, kebakaran itu seperti disengajakan dan pakar perkhidmatan sedang mengambil langkah yang perlu,” tulis kementerian dalam Twitter.
Kebakaran itu berlaku selepas tiga penganut Syiah dihukum mati menggunakan skuad penembakan kelmarin berhubung serangan ke atas polis pada 2014, mencetuskan pertempuran antara pembantah yang berang dan pasukan keselamatan. – AFP