Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Bangunan kediaman runtuh di Aleppo, 10 maut

    DAMSYIK, 8 SEPT – Sebuah bangunan kediaman lima tingkat runtuh di bandar Aleppo, utara Syria kelmarin, mengorbankan sekurang-kurangnya 10 orang, lapor Xinhua memetik agensi berita SANA.

    Mayat enam orang wanita, tiga kanak-kanak dan seorang lelaki ditemukan di bawah runtuhan di kawasan kejiranan al-Fardous, menurut laporan itu.

    Sementara itu, seorang wanita dan seorang kanak-kanak berjaya diselamatkan dan dibawa ke hospital. Pihak berkuasa di- laporkan mula mengosongkan bangunan berhampiran.

    Memetik pegawai penguat kuasa di Aleppo, bangunan yang runtuh itu didakwa telah dibina secara haram tanpa kebenaran pihak berkuasa. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Presiden Iran rasmi projek hidrokuasa dan pengairan Sri Lanka

    COLOMBO, 24 APRIL — Presiden Iran, Ebrahim Raisi tiba di Sri Lanka hari ini untuk merasmikan projek hidrokuasa dan pengairan yang telah lama tertangguh...