Friday, April 19, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Bangunan runtuh, 16 maut

    ALEPPO, SYRIA, 22 JAN – Sebuah bangunan runtuh kelmarin di bandar kedua, Aleppo yang musnah akibat peperangan di Syria, mengorbankan 16 orang termasuk kanak-kanak, lapor pihak berkuasa dan media.

    Sebahagian besar Aleppo telah musnah semasa konflik Syria yang bermula hampir 12 tahun lalu dan meninggalkan banyak struktur dalam keadaan uzur.

    “Jumlah mangsa bangunan kediaman runtuh telah meningkat kepada 16 maut”, kata agensi berita negara, SANA.

    Setakat ini, hanya seorang mangsa yang telah diselamatkan masih hidup dari runtuhan bangunan lima tingkat yang menjadi rumah kepada tujuh keluarga, menurut Kementerian Dalam Negeri Syria.

    Tidak dapat dipastikan sama ada orang lain terselamat dalam tragedi di bandar itu yang merupakan hab komersial sebelum perang Syria.

    Pada awal pagi kelmarin, SANA menyatakan angka kematian awal seramai 10 orang, yang meningkat sepanjang hari ketika operasi mencari diteruskan.

    Sebuah agensi berita Kurdish berkata lima kanak-kanak adalah antara yang maut.

    Mangsa termasuk rakyat Syria yang telah kehilangan tempat tinggal selama bertahun-tahun pertempuran di negara itu, kata seorang pemantau perang.

    Penduduk tempatan memberitahu AFP bahawa kira-kira 35 orang tinggal di bangunan itu. – AFP

    Pasukan penyelamat memindahkan mayat mangsa runtuhan di Aleppo, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...