Monday, December 5, 2022
23.3 C
Brunei

-

Bangunan tinggi di Kuching, Sibu, Miri tiada risiko kebakaran

KUCHING, 14 Julai – Bangunan tinggi melebihi empat tingkat di bawah seliaan kerajaan tempatan di Kuching, Sibu dan Miri disahkan bebas daripada risiko mengalami kebakaran, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak Datuk Prof Dr Sim Kui Hian.

Beliau berkata pengesahan itu diperoleh selepas pemeriksaan dilakukan oleh kerajaan tempatan berkenaan susulan kejadian kebakaran Grenfell Tower, North Kensington, London pada Jun lalu.

“Sebaik kejadian tersebut (berlaku), saya telah hubungi  majlis kerajaan tempatan  Kuching iaitu Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Majlis Perbandaran Sibu dan Majlis Bandaraya Miri serta arahkan mereka pastikan semua bangunan tinggi bersih dan memenuhi keperluan bomba.

“Saya dengan rasa gembira ingin maklumkan tidak ada satupun bangunan tinggi di Kuching, Sibu dan Miri termasuk dalam kategori bangunan (yang terbakar) di London,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mewakili Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg merasmikan Expo Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak  2017 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching di sini hari ini. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China longgarkan lagi peraturan COVID

BEIJING, 2 DIS – Bandar di seluruh China membatalkan arahan sekatan COVID hari ini dengan melonggarkan peraturan ujian dan kuarantin susulan protes di seluruh...
- Advertisment -