Bangunkan Brunei selamat

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 SEPT – Autoriti Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar Kebangsaan (SHENA) dengan kerjasama Darussalam Enterprise (DARe), semalam, telah menganjurkan acara sosialisasi dinamakan Building a Safe Brunei; Better Be Safe Than Sorry, a SHENA Story.

Berlangsung di Bangunan Reka Bentuk dan Teknologi, Anggerek Desa, acara dihadiri oleh perwakilan pelbagai industri daripada syarikat-syarikat pembinaan, ICT dan syarikat minyak dan gas yang ingin membangunkan Brunei lebih baik menerusi komplians dan penambahbaikan HSE.

Menurut kenyataan yang diberikan, acara berkenaan merupakan sebahagian daripada program outreach berterusan SHENA untuk melibatkan pihak berkaitan serta orang awam dalam mencapai misinya, menjadikan Brunei Darussalam tempat yang selamat untuk bekerja dan hidup.

Antara objektifnya adalah untuk menyediakan pemahaman lebih baik mengenai peranan dan fungsi SHENA serta kepentingan mengekalkan HSE tahap tinggi di tempat kerja dalam sektor atau industri yang berlainan.