Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Banjir: 12 maut, ribuan terancam

    BEIJING, 17 JULAI – Banjir kilat di barat daya dan barat laut China telah mengorbankan puluhan nyawa dan mengancam ribuan yang lain, lapor media kerajaan hari ini.

    Di wilayah barat daya Sichuan, enam orang meninggal dunia manakala 12 lagi hilang selepas hujan lebat mencetuskan banjir kilat, lapor berita milik kerajaan cawangan CGTN.

    Kira-kira 1,300 orang telah dipindahkan setakat kelmarin, menurut laporan itu.

    Sementara itu, di bandar Longnan di wilayah Gansu, enam lagi kematian dilaporkan manakala 3,000 orang telah dipindahkan, lapor penyiaran kerajaan CCTV. Hujan satu hari setengah telah mencatatkan turunan sekitar 3.9 inci di kawasan paling teruk terjejas, hampir berganda pada purata bulan Julai.

    Hujan muncul di tengah-tengah gelombang haba di beberapa bahagian negara termasuk timur wilayah Zhejiang dan bandar Shanghai, dengan suhu memuncak setinggi 42 darjah Celsius minggu lalu.

    Pakar berkata kejadian cuaca ekstrem akan kerap berlaku kerana perubahan iklim. Udara hangat boleh menyimpan lebih banyak air, membawa kepada limpahan hujan. – AP

    Sebahagian jambatan yang dihanyutkan oleh air bah di sepanjang sungai Qinyang, Gansu, China pada 16 Julai. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...