Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Banjir ancam subbandar Sydney

    SYDNEY, 7 APRIL – Arahan berpindah dikeluarkan di Sydney hari ini akibat hujan lebat, dengan air sungai melimpah dan mengancam membanjiri kediaman dan jalan-jalan dalam cuaca tidak menentu yang melanda timur Australia.

    Penduduk di beberapa buah subbandar di selatan dan barat daya Sydney diarahkan meninggalkan kediaman mereka bagi keselamatan ketika air sungai pantas naik. “Kita sudah melihat hujan amat lebat yang singkat, membawa kepada kejadian banjir kilat di sekitar Illawarra,” kata Timbalan Pesuruhjaya Perkhidmatan kecemasan New South Wales, Daniel Austin.

    “Kami meminta masyarakat terus berwaspada. Ini merupakan situasi yang amat dinamik. Situasi-situasi ini mudah berubah,” katanya.

    Imej-imej dari sekitar Sydney menunjukkan jalan-jalan ditenggelami air, kereta bergelut meredah air banjir dan sampah sarap yang mengalir pantas ke sungai.

    Amaran banjir besar juga dikeluarkan bagi beberapa subbandar di selatan Sydney, manakala seluruh bandar lima juta orang itu diberi amaran risiko banjir kilat pada hujung minggu. – AFP

    Rumah kelihatan di tebing sungai yang melimpah, Woronora, 7 April, ketika cuaca tidak menentu mencetuskan arahan berpindah di beberapa subbandar di selatan dan barat daya Sydney. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...