Tuesday, April 16, 2024
25.4 C
Brunei

    -

    Banjir: Daerah Ketapang isytihar darurat

    JAKARTA, 12 OKT – Penguasa Daerah Ketapang di Wilayah Kalimantan Barat mengisytiharkan darurat kecemasan selama 14 hari sejak Isnin, berikutan banjir, ribut dan tanah runtuh yang menjejaskan kawasan berkenaan, menurut Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) Indonesia.

    Sejumlah 3,324 rumah, masing-masing dua sekolah, klinik, rumah ibadat dan pejabat kampung terjejas akibat banjir berikutan hujan berterusan.

    Pengisytiharan darurat itu akan membolehkan kerajaan tempatan mengoptimumkan sumber untuk membantu 3,590 keluarga atau 11,419 penduduk di lima mukim, kata jurucakap BNPB, Abdul Muhari.

    Kawasan perumahan berhampiran Sungai Jelai dinaiki air sehingga 170 sentimeter selepas hujan lebat sejak 11 malam, waktu tempatan, Jumaat lepas.

    Badan Pengurusan Bencana Wilayah (BPBD) Ketapang merekodkan 75 orang daripada 26 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara selepas rumah mereka dinaiki air.

    Abdul Muhari berkata BPBD, anggota tentera dan polis sudah bersiap sedia untuk berhadapan kesan banjir yang lebih teruk, manakala BPBD terus membuat penilaian dan menyelaraskannya dengan pegawai daerah dan pejabat tempatan.

    Memandangkan masih terdapat kemungkinan hujan, pada tahap renyai-renyai hingga sederhana di mukim yang terjejas, beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan bersedia untuk berpindah. – Bernama

    Penduduk kampung berjalan melintasi sisa-sisa banjir dan rumah musnah di Kampung Sondoang di Mamuju pada 12 Oktober susulan banjir kilat baru-baru ini. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...