Banjir di Greece ragut tiga jiwa termasuk anak damit

ATHENS, 9 OGOS – Tiga orang termasuk seorang anak damit meninggal dunia ketika hujan lebat dan banjir melanda pulau Evia di Greece, merosakkan puluhan rumah dan menyekat jalan raya, kata para pegawai hari ini.

Anak damit berusia lapan bulan itu ditemui mati di sebuah rumah di kampung Politika hari ini, kata jurucakap bomba. Ibu bapa anak damit itu tidak mengalami kecederaan.

Beberapa jam sebelumnya, seorang lelaki dan wanita, kedua-duanya berusia 80an, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh anggota bomba di dua rumah berasingan di kampung yang sama, kata jurucakap itu.

Mereka disahkan meninggal dunia di hospital. Arus air menyekat jalan di barat Evia, yang terletak kira-kira 100 kilometer (60 batu) timur laut Athens.

Beberapa pelancong tidak dapat meninggalkan tapak perkhemahan di pulau itu, kata agensi berita ANA. Evia adalah pulau kedua terbesar di Greece selepas Crete.

“Kami mengalami mimpi buruk, kami menggunakan segala cara yang mungkin” untuk mengatasi banjir, kata Ana Fanis Spanos, seorang anggota parlimen dari wilayah tengah Greece.

Badai Thalia melanda beberapa wilayah di Greece kelmarin, walaupun cuaca bertambah baik pada hari ini.

Politika dan beberapa kampung sekitarnya terjejas teruk dan jalan raya yang tersekat menghalang trak bomba untuk sampai ke lokasi yang terjejas.

Dua sungai menembusi tebing mereka dan memenuhi jalan dengan lumpur, kata pihak berkuasa tempatan. Tingkat bawah banyak rumah telah dinaiki air. – AFP

Kereta musnah, berikutan ribut di kampung Politika, di pulau Evia, timur laut Athens. Lima orang termasuk seorang anak damit terkorban dan dua lagi hilang ketika hujan lebat dan banjir melanda pulau Evia, Greece semalam. – AFP