NEW DELHI, 29 Ogos – Kematian akibat banjir di negeri timur Bihar di India telah meningkat kepada 514, kata pegawai jabatan pengurusan bencana hari ini.
Menurut pegawai-pegawai banjir di negeri ini menyebabkan keadaan menjadi teruk dan suram di Samastipur, Muzaffarpur dan daerah Darbhanga disebabkan oleh sungai Burhi Gandak dan Bagmati yang mengalir di bawah amaran bahaya.
Air deras dari sungai-sungai telah membanjiri kawasan-kawasan daratan. Banjir setakat ini telah menjejaskan 17.1 juta orang di lebih dari 21 daerah di negeri ini.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)
http://digital.mediapermata.com.bn