Monday, December 9, 2024
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Banjir di Kemboja ragut 11 nyawa

    PHNOM PENH, KEMBOJA, 11 OKT – Banjir di Kemboja telah meragut sekitar 11 jiwa sejak awal bulan ini, kata pegawai pengurusan bencana hari ini.

    Hujan bermusim telah diburukkan lagi oleh ribut tropika, yang menyebabkan banjir kilat di beberapa wilayah sejak minggu lalu, kata Khun Sokha, jurucakap bagi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Kebangsaan.

    Antara 11 yang terkorban itu, seramai 10 orang dilaporkan mati lemas manakala seorang lagi maut akibat dipancar kilat dengan kira-kira ratusan keluarga telah dipindahkan ke tempat tinggi, katanya.

    Pada Jumaat, Perdana Menteri Hun Sen mengarahkan pihak berkuasa untuk menghantar bantuan kepada mereka yang terjejas.

    Jabatan Kerja Raya dan Pengangkutan hari ini menegah trak-trak daripada melalui jalan-jalan yang dibanjiri di dua wilayah yang teruk terjejas di barat laut negara, Battambang dan Pursat. – AP

    Pekerja penyelamat membawa kanak-kanak dan burung dalam kurungan menggunakan meja semasa meredah banjir di sebuah kampung di wilayah Pailin, barat Kemboja pada 10 Oktober. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda